PENDANG: Seramai 29 penumpang termasuk pemandu bas persiaran nyaris maut apabila bas yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Kilometer 60, Arah Selatan, Lebuhraya Utara Selatan, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan pada pukul 3.25 petang.
“Seramai 18 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Alor Setar dan Jalan Raja dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi mendapati kebanyakan mangsa telah berada di luar bas selepas dibantu orang awam.
“Pemeriksaan dilakukan anggota mendapati 11 mangsa mengalami kecederaan dan terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Manakala 18 mangsa lain tidak mengalami kecederaan.
Katanya, bas persiaran itu dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand menuju Kampar, Perak.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Oct 03 2022
Beginilah keadaan bas persiaran yang terbabas ke dalam parit di Kilometer 60, Arah Selatan, Lebuhraya Utara Selatan, hari ini. - Gambar ihsan JBPM
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Bas bawa 64 sukarelawan pascabanjir terbabas
Kesemua sukarelawan itu yang sedang dalam perjalanan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Hulu Dungun, selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor
Ng Sze Han berkata, ia bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam di negeri itu lebih terjamin.
Bas bawa 30 murid sekolah terbabas masuk semak
Sebuah bas yang membawa 10 guru dan 30 murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun terbabas di Kilometer (KM) 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.
Bas terbabas: 25 maut dalam kemalangan di Uttarakhand, India
Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Uttarakhand di utara India.
Bas terbabas ke dalam parit, 28 penumpang, pemandu terselamat
Bas persiaran itu dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand menuju Kampar, Perak.
Bas USIM terbabas: Perkembangan pelajar dipantau rapat - Zulkifli
Bas tersebut dalam perjalanan membawa pelajar dari Kolej Kediaman USIM menuju ke kampus untuk mengikuti sesi pengkuliahan.
28 maut, bas terjunam dalam gaung di Nepal
Kejadian yang berlaku di daerah terpencil Mugu itu, hanya beberapa kilometer sahaja sebelum tiba ke destinasi.
Bas terbabas ke dalam gaung, 27 terbunuh
Bas itu terjerumus ke dalam gaung sedalam 250 meter ketika dalam perjalanan dari wilayah Ayacucho ke Arequipa melalui Lebuhraya Interoceanic.
Bas ekspres terbabas dekat Terowong Menora, 14 penumpang cedera
Seramai 14 penumpang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan di Kilometer 265.
Bas bawa 31 pelajar universiti terbabas ke dalam cerun 30 meter
Jurucakap JBPM Perak berkata, bas yang membawa 33 orang termasuk pemandu itu dipercayai terbabas akibat masalah brek.